“Aku
pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada
hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Amatlah
rugi bagi orang-orang yang kurang gemar membaca al-Qur’an kerana
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam banyak menyebut dalam
hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat memebaca al-Qur’an itu,
antaranya;
1.Pembaca
al-Qur’an dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para
malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Tidak
berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid)
yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka
melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di
kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa
di sisiNya.”
(Hadis riwayat Muslim)
2.Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan dipeliharaNya dari kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :
“Bahawa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang
mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) ditulis
baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula,
baginya cahaya di hari qiamat.”
(Hadis riwayat Ahmad)
3.Pembaca al-Qur’an diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya. Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :
“Bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Perumpamaan orang beriman
yang membaca al-Qur’an seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah
yang berbau harum dan enak rasanya. Perumpamaan orang beriman yang tidak
membaca al-Qur’an adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis
tetapi tidak ada baunya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang
membaca al-Qur’an adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum tapi
pahit rasanya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak
membaca al-Qur’an adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit
rasanya dan tidak ada baunya. Perumpamaan mendampingi orang yang salih
adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau
tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya. Perumpamaan
berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang
yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak
terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena
asapnya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
4.Pembaca
al-Qur’an, tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan
di hari kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan
Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :
“Daripada
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Al-Qur’an datang
pada hari qiamat lalu ia (al-Qur’an) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah
dia (pembaca al-Qur’an)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”
Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”
Ia berkata lagi: “ Wahai Tuhanku redhailah dia! Maka dia diredhai.”
Berkata
ia pada pembaca al-Qur’an: “Bacalah al-Qur’an dan naiklah (pada
tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu
kebaikan.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
5.Pembaca al-Qur’an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Sesiapa
yang membaca al-Qur’an dan beramal dengan isi kandungannya,
dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari qiamat. Cahayanya
(mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia.
Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi
dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan
ini (al-Qur’an).”
(Hadis riwayat Abu Daud)
6.Pembaca al-Qur’an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Dikatakan
kepada pembaca al-Qur’an: “Bacalah(al-Qur’an), naiklah (pada
darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau
membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu
sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”
(Hadis riwayat Ahmad)

No comments:
Post a Comment